My Lover's Coming Back :')

02 August 2011

kau yang 1 :D

erm , nih just story eyh .. :D


Kisahnya bermula around 2 tahun lepas .


Aku menyampah sih dengan sorang budak ni . well , actually not budak . but dah besar dah pun . dah habis SPM bukan budak kan ? dah matang dah aku tengok . aku tak pa la , PMR pun baru terhegeh2 nak exam . menyampah , bajet hot gila . perasan toksah kata , pendek kata sapa tengok semua meluat . nak dijadikan cerita , dia pulak anak kawan baik mak aku . urghh . BFF la konon . baru jumpa balik , dulu pernah study sama2 . bila datang ja rumah , mesti senyum2 . mak senyum takpa , jangan anak . anak senyum perasan hot . if datang ja , aku la kena angkat semua2 . well , anak dara . memang la kan kena buat -.- okay abaikan . 


Satu hari , this mamat poyos ini datang kat aku . dengan muka senyum2 gedik suma , dia selamba ja cubit pipi aku . sakit hati kan ? aku pun perghh bagi la jelingan aku yang PALINGGGGGG TAJAM . dia buat tak tau ja , dia terus cubit  . INI DAH LEBIH . terus aku marah ' hoi pa kes nak cubit2 ? gatai nmpak , silap2 makan kaki jgak hang ni ' . kannn dah kena --' aku bukan suka marah orang . tapi ni dah melampau . dia senyum jaa , pastu selamba ja cakap ' sapa suruh pipi tuh comel sangat ? memang disediakan untuk cubit kan ? ' dengan muka gedik nak makan kaki , berasap hati aku weyhh . xpa2 , sabar ja lahhh . paling tak tahan , dia rapat nak mmpus dgn mak aku . pandai bak hang amek hati mak aku --' MASALAH2 .


dia ajak aku teman dia jadi partner untuk prom night . alaa , yang untuk budak2 hbis SPM paa . err , kira jadi his girlfriends lahh untuk satu hari . PFFT . jangan harapp . aku terus tarik muka masam tanda bebai . sapa nak pi , meluat aku . getus hatiku ~ tapi time tuh memang la kan takmau pi , ada la sebab2 tertentu2 . mati2 tak mau pi punya , bukan main2 . sampai lah dia cakap , okay abang I turut semua permintaan adik nak apa pun takpa janji jadi teman dia . aku pun , okayyyy . i want this baju kebaya . okay , tuh pengantin punya . kira pa , saj ank bgi dia sakit hati . nak kasut baru . nak beg baru . nak alat solek baru . yeayyy ! tobat dia x jadi punya nak aku jadi partner . naik tanduk setan ckitt la kan , heeee :)


' okay , abang I x kisah . amek ja nak apa pun ' kata dia . habis lahh , dia setuju pulak . ini bukan main2 lagi , dia serius kaaa . baju kebaya tuh sewa pun sehari dekat RM 300 --' mama aku tau aku plan cmny , terus mak aku bising gila2 -.- jadi noob sat  , aku pun cerita benda betul . aku tak mau piii . mak aku cakap , pi ja lahh , teman ja punnn . tuh pun dah mcm anak mama jugak . okayy , FINE . aku cancel baju tuh , aku beli dress labuh . tapi makeup2 pa still on the list yoooo . so , aku pun pi lahhh :) dengan rasa malu tak ingat dunia . sumpah segan . well , yang ada suma besar2 . aku ni just teman jaaa . all the time , dia berkepit ja sampai aku naik rimas . hello , aku pun nak kena dengan orang lain . dah la hot gila yang datang . SERIUS HOT . urgh , dia bukan lah tak hot cuma yang datang tuh lebih HOT . haha , gila teruk aku ni . TEENAGERS :)


Prom tuh sangat lah bosan sampai aku nak balik awal . but , still kena tunggu sampai habis . kaki dah sakit , makeup dah cm xda jaa , mata ni berair jaaa mengantuk weyh mengantuk . bila dah habis semua kami pun balik . balik ja , aku bagi semua balik barang yang dia beli . suprise , aku tak hadap pun duit kau . saja nak test :) terus aku masuk rumah tidur without wishing him anything . 


Things go well , macam biasa . hari2 dia kejut aku . datang rumah hari2 , beli makanan , treat me as a princess , teman shopping , dengar problem aku , dah jadi mcm a gooodd listener dahh . he's the one who wipe my tears . bila ada masalh ja dengan myy boyfie , mesti aku akan call dia . menangis ? dah terbiasa . he's a very good listener . smpai dia muak laa asyik2 cerita pasal boyfie jaaa . tapi dia x pernah merungut . dia baik . dia baik sangat2 and everyday , dia selalu cakap ILOVEYOU sebelum tidur . aku anggap lawak jea , sebab bagi aku dia tuh dah macam abang kandung yang mak aku sayang . kt hujung ayat tuh , dia tambah . IMEANIT . aku buat2 tak faham . gedik poyooo . tak payah gegehhh . benda ny berlanjutan sampai setahun .


satu hari , dia bagitau aku . dia kena pergi Amerika Syarikat . aku  macam whyyyyyy ????? kena ka pergi ? kena ka ? WAJIB ka ??? eish , buat apa nak pi sanaaaaa ! dia gelak . dia kata kena pi la sebab nak study . nak jadi doktor nak buat ubat manis sebab ubat semua pahit nanti tak da orang nak makan , kan3 ? =.= humm . jangan la pi . hati aku ja cakap , mulut aku cakap ' pi laa , menyemak ja duk Malaysia . pi jauh2 , semakkkk ! ' tapi aku tak mau diia pi punn :'( sedih kott . orang yang selalu support aku hilang cmtuh ja . spa nak jadi telinga nak dengar masalah aku -.-


time dia nak berangkat , ramai datang . termasuk aku . heyy , aku kan adik dia --' mesty kna datang maaa . tapi , aku perasan something yang pelik . ahh , abaikan ~ dia x happy ja nak pi , dia bisik kat aku . ' abang tak mau pi laa , nanti xleh nk gaduh dengan adik ' . cis , sangat kurang asam kan . aku ni tempat kau nak gaduh jer -.- aku diam ja , senyum2 , smbil kata ' PADAN MUKA TAK BOLEH NAK GADUH DAH ' . haha , besttt ! bila dah flight dia , aku gelak ja cakap bye2 abang poyoo . tapi dalam hati aku serius kosong . takmau tunjuk depan yang aku sedih sangat dia pi Amerika tuh . humm . 


2 minggu berlalu , takda berita lansung .


aku jadi pendiam bila dia takda . sampai la satu hari dia call aku dari oversea . i was like YAYYYYYY ! imissyoulikesomuchhhhh . haha , happy gila . tapi merajuk pun ada . dah 2 minggu baru nak call !! jibon , jumpa awek blonde lahh tuh . jelous weyh jelous ! dia gelak ja , tapi suara dia pelik . abaikan ~ aku dah cukup happy dia call . siap pesan lagi , kena call selalu tau kalau tak nak merajuk ! heee , manjaa kan . aku sayang dia :) happy gila :)) benda ny berterusan . setiap minggu dia akan call aku :) ada satu bulan tuh , bulan 4 tahun lepas , dia balik Malaysia and siap tunggu depan pintu rumah lagi buat suprise . haha , sumpah best . sayang diaa , balik semata2 nak jumpa adik dia . sempat lagi beli hadiah ;) * wink2 . 


start dari hari tu , aku semakin rapat dengan dia . rapat sangat . tapi , dia pelik sikit lah . aku perasan dari dia nak naik flight lagi . ABAIKAN . perasaan setan tuhh . dia buat aku happy . bila dia dah balik , aku rasa kosong lagi . apa dia niii --' cinta ka apa . mungkin lahh  tanpa aku sedari aku dah sukakan dia . sayang aku dah lebih :) dia semakin matang and aku pun dah besar . serius . i want him to be mine :) aku tanya dia bila nak balik lagi ? dia cakap dont worry . abang akan balik time raya 2010 . tunggu tau depan rumah , abang sampai ja terus pergi :) aku happy sangat2 :)


LANGIT TAK SELALUNYA CERAH , kan ?


satu hari , mama panggil aku . ' anak mama tabah kan ?' aku pelik . ' ya , ya . why ? ' ' mama nak kakak diam ja okay ? hum , mama nak bagi tau yang cerita sebenar . abang I pergi Amerika sebab pa ? ' mama aku tanya tapi mata duk berair -.- ' sebab study la kan ? nak jadi doktor , dia cakap kakak kan x suka makan ubat -.- ' aku bagitau la benda betul . pfft , awat pulak . ' kakak , abang I pergi sebab dia nak buat rawatan kat sana . Kanser Otak . dia dah sakit dah lama dah , kakak tak tau kan ? ' ' mama merepek apa ni , abang I mana ni -.- mama silap orang kot . abang I okayy ja . dia baru ja call tadi duk gelak2 nak mati tadi tau dak ' mama aku diam ja . dalam hati aku , mama ni pasaipa la silap orang tetiba ja kata abang I sakit . urghhh , dia pi study ~


sampai lah suatu hari , kak Aisyah call aku . kakak kepada abang I . dia duk sana . she told me everything from A-Z . she knows everything about me . aku pelik , tak pernah kenal pun --' then bila dia pass phone dekat parents abang I , aku diam . so , betul lah . selama ni aku kena tipu jaaa . dia pi sana untuk rawatan . bukan untuk study . then tak bagitau sakit pun . aku diam . diam and diam . tiba2 ja aku menangis . know what ? abang I dah stage 3 . means dah kritikal gila . tapi , dia cakap nak balik time raya ?


JULY2010 . abang I pergi menghadap Illahi . pukul 2 pagi , kak Aisyah call bagitau kata Arwah dah tak ada . aku off phone , baca yassin , menangis atas sejadah macam orang gila . aku dah kehilangan someone yang amat berharga , he means a lot to me , . tak sempat nak mintak maaf dekat dia :'(( the worst part is , aku tolak bila dia nak aku jadi someone dalam hidup dia . kesilapan yang paling aku menyesal , yang paling aku rasa nak mati bila pikir2 balik ;'( jasad dia Alhamdulillah selamat disemadikan dekat Malaysia . kak Aisyah cakap dia yang mintak bagi senang aku ziarah . okay , aku menangis . 


time dia nak dikuburkan , aku tak pi pun . aku duk dalam bilik arwah . aku buka satu2 barang dia . semua aku buka , takda satu pun tertinggal . aku nampak ada gambar aku dalam frame , dia letak betul2 dekat katil dia satu , lagi satu dalam beg yang aku buka . apa maksud yang sebenarnya ni :'( aku ni bodoh gila tolak someone yang betul2 sayangkan aku . aku silap sayangkan orang . aku silap . malam tuh , aku tidur rumah dia . on his bed . parents dia paham , aku sedih . kak Aisyah teman aku . dia cerita semua apa yang arwah cerita dekat dia pasal aku . arwah cakap , dia nak buat ubat untuk aku , so aku boleh makan ubat tuh sebab manis . ubat kan pahit , so dia nak buat ubat yang sedap :) banyak lagi lahh , aku selalu cerita masalah boyfie aku , .. dia cakap lagi kat kak Aisyah , dia sedih aku tolak dia . sebab dia cemburu aku sayangkan boyfie aku ebih dari dia :'( heyy , aku sayang arwah lebih lagi . aku mengaku aku silap :'((


until now . dia sentiasa ada dekat dengan aku :) 

No comments:

Post a Comment